KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengulangi pendirian mengutuk tindakan Israel menyerang konsulat Iran di ibu negara Syria awal bulan ini sehingga mendorong tindak balas negara berkenaan, Perdana Menteri berkata perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Luar.
"Zionis Israel secara zalim menyerang konsulat Iran (di Damsyik), jadi ini melanggar semua peraturan antarabangsa, tetapi kalau kita lihat naratif dan kenyataan-kenyataan negara barat, hampir sama sekali tiada kutukan atau bantahan," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.
Katanya Iran telah menggunakan alasan itu untuk menyerang walaupun keadaannya sangat terkawal, dan kini Israel menggunakan naratif menyatakan ini hanya tindak balas terhadap serangan Iran.
"Pendirian kita pertama mesti mengutuk serangan terhadap kedutaan. Yang kedua kita mahu perdamaian. Yang terkesan ini rakyat bukan sahaja di Timur Tengah, di dunia Arab, di Iran, malah di seluruh dunia, kerana ini akan menyebabkan melambung harga minyak, (kos) pengangkutan yang meningkat tinggi.
"Sebab itu kita menggesa dijamin keamanan, dihentikan secara agresif keganasan Israel yang terus berlaku kerana keengganan kuasa besar barat mengambil tindakan mengawal tindakan zalim dan ganas yang dilakukan Israel," katanya.
Israel hari ini melancarkan serangan ke atas Iran sebagai tindakan balas terhadap serangan Tehran pada hujung minggu lepas.
Tel Aviv sebelum ini memberi amaran akan menyerang semula selepas Iran melancarkan 300 dron dan peluru berpandu ke arah Israel pada hujung minggu lepas, namun kebanyakannya telah dipintas.
Serangan Tehran itu bagi membalas tindakan Israel mengebom konsulat Iran di Damsyik awal bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas petang ini bagi membincangkan situasi semasa di Iran termasuk kemungkinan membawa pulang rakyat Malaysia di negara itu susulan serangan rejim Israel, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
Malaysia, Uzbekistan boleh bekerjasama teroka bidang baharu pendigitalan, peralihan tenaga
Perdana Menteri berkata kedua-dua negara juga boleh menjalin kerjasama yang baik dalam sektor halal, perbankan dan teknologi makanan.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Malaysia mahu rebut insentif transformasi digital Qatar, bekerjasama dalam sektor AI - PM
Malaysia mahu meneroka potensi kerjasama bersama Qatar dalam sektor kecerdasan buatan (AI).
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.
Malaysia, Qatar bincang secara mendalam konflik Palestin-Israel
Perdana Menteri berkata kedua negara bersetuju, semua pihak perlu memainkan peranan untuk mencari penyelesaian bagi mengakhiri penderitaan rakyat Palestin.
Malaysia, Qatar setuju pertingkat kerjasama pelaburan pada tahun mendatang - PM Anwar
Malaysia dan Qatar bersetuju mempertingkatkan kerjasama pelaburan antara kedua-dua negara pada tahun-tahun mendatang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
25 Tahun PKR: Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan 'kuasa' yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.